Semua busy nak masuk sekolah & start puasa. Sempena nak masuk puasa, saya nak berkongsi sesuatu tentang konsep puasa.
Tuan2, puan2.
Berpuasa tu adalah menahan diri.
Jika diambil faham tentang ritualnya iaitu menahan diri dari lapar dan dahaga saja, maka anda sebenarnya dapat sekadar kesan lapar dan haus kepada badan sahaja. Walaupun anda baca niat berpuasa yang diajarkan.
Apa yang hebatnya nak menahan diri dari lapar dan dahaga? Perlu buat persiapan ke? Persiapan utk beli makanan sahur & berbuka ke? perlu berniat, bagitau “saya nak tahan lapar, taknak makan dan minum esok hari kerana Tuhan” ? Jadi apa bezanya berpuasa anda dengan berpuasa agama lain? Agama lain juga buat benda yang sama.
Baik. Harus difahamkan, hampir keseluruhan isi Al Quran itu adalah ayat yang mempunyai maksud tersirat. Jadi bagaimana dengan kewajipan solat, puasa dan perang? (Surah 2: 216). Sangat penting untuk memahami apakah maksud tersirat dari perintah Allah ini kerana ianya melibatkan tentang kefahaman IMAN. Bayangkan jika anda salah faham tentang kewajipan berperang. Maka wujud lah kumpulan2 mujahid yang berjuang bermati-matian, letupkan diri sendiri atas dasar salah faham tentang kewajipan berperang.
Begitu jugalah dengan berpuasa dan hari raya. Fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan jika diamati skopnya sangat luas. Ianya mengajar manusia yang beriman bahawa dalam hidup ada nya hubungan antara manusia dan hubungan dengan Allah. (hablum minan Nas, hablum min Allah). Berpuasa mengajar orang manusia tentang beriman dengan hubungan dengan keduanya. Supaya manusia menjaga hubungan sesama mereka. berbuat baik, saling memahami antara yang miskin dan kaya, yang sedang kesusahan dan yg dalam kesenangan, kerana semua itu adalah datangya dari Tuhan. Dalam Quran Tuhan perintahkan manusia utk nafkahkan sebahagian dari rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Maka sesungguhnya, dalam rezeki yang anda nikmati hari ini. Ada sebahagianya adalah rezeki manusia lain.
Dan apabila berbicara tentang AidilFitri, ianya adalah kemuncak kefahaman umat Islam tentang kewajipan berpuasa. Iaitu kembali kepada fitrah manusia itu diciptakan. Kembali kepada diri hamba yang sentiasa mengabdi kepada Tuhan Pencipta Alam Semesta. Dan bukannya berhala-hala lain seperti pangkat, harta, dan nafsu diri semata.